Website seo blog

Dapatkan semua maklumat yang anda perlukan disini. Jika anda mahukan tajuk-tajuk tertentu sila hubungi kami terus.

roriginal_inc76

Adakah SEO masih bernilai pada tahun 2019?

Adakah SEO berbaloi? Adakah pelaburan dalam SEO masih bernilai untuk wang dan masa anda kerana algoritme Google bertukar-tukar setiap masa dan diburukkan lagi di mana kaedah membayar iklan atau lebih dikenali sebagai PPC (Pay Per Click) lebih menawarkan hasil lebih cepat dan pantas? Ramai sebenarnya mengatakan SEO akan “berkubur.” Untuk menentukan sama ada pelaburan anda di dalam SEO sememangnya bernilai, anda mesti berhati-hati mempertimbangkan langkah seterusnya.

Artikel ini telah dikemas kini untuk tahun 2019 bagi tujuan mencerminkan keadaan semasa SEO dan industri SEO itu sendiri.

SEO tidaklah seperti yang diperkatakan oleh ramai orang ketika ini. SEO juga bukanlah 100% magic answer kepada permasalah perniagaan anda hari ini. SEO adalah teknologi AI (Artificial intelligence); kaedah yang terus berkembang dan berevolusi dari masa ke semasa yang memerlukan elemen tambahan, iaitu manusia untuk melihat corak, trend, dan potensi bahaya yang bakal menyusul.

Apa kelebihan dan adakah SEO boleh menyumbang sesuatu kepada perniagaan anda?

Mungkin anda pernah mendengar bahawa SEO boleh membantu mengembangkan perniagaan anda. Ya, benar. Benar jika segala-galanya mengenai persediaan SEO seperti keyword search, target pelanggan (audience) dan semestinya misi (mission) perniagaan anda juga jelas. Siapa pesaing dalam perniagaan anda? Apa kelebihan pesaing anda? Sudahkah anda mengenali pesaing anda dan sudahkah anda bersedia untuk bersaing (competetion) secara sihat?

SEO bukan segala-galanya, tetapi SEO merupakan (indirect factor) senjata yang amat berguna dan tidak boleh disangkal lagi dalam tahun 2019 sebagai alat yang anda boleh gunakan untuk membantu dalam memberikan keuntungan kepada perniagaan anda. Nak tahu? Teruskan membaca.

Jadi, apa yang SEO boleh bantu anda?

SEO akan membantu kerja-kerja enjin carian supaya memudahkan enjin carian “crawl” dan membuat “index” dan seterusnya algorithm akan menentukan website perniagaan anda merupakan yang terbaik kepada hasil carian enjin pencari. Secara tidak langsung SEO membantu membawa organic traffic terus ke dalam website anda. Apa organic traffic dan siapakah mereka? Organic traffic adalah bakal pelanggan/pengguna yang menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menyelesaikan masalah mereka. Audience ini boleh di katagorikan kepada 4 jenis search intent.

Informational Intent

Audience yang menggunakan enjin carian hanya untuk mendapatkan maklumat sahaja. Asalnya, tiada tujuan untuk membeli atau sebagainya.

Navigational Intent

Audience yang menggunakan enjin carian untuk melihat dan mendapatkan lebih banyak maklumat daripada website. Mereka ini adalah audience peringkat kedua yang telah menunjukkan minat untuk langkah seterusnya.

Commercial Intent

Audience yang sudah merancang untuk membeli. Mungkin terus membeli atau akan membeli pada bila-bila masa sahaja. Audience ini akan mula beralih daripada landing page ke product page.

Transactional Intent

Audience yang akan membuat conversion di dalam website perniagaan anda. Audienceakan membeli product atau meminta perkhidmatan (services) yang ditawarkan.

Disinilah conversion akan berlaku di dalam website perniagaan anda. Daripada audience yang hanya mahu mencari maklumat dan jawapan kepada permasalahan mereka seterusnya dapat penyelesaian melalui pembelian atau pelanggan menghubungi anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sehingga bertemu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More articles

Steps to a Google-friendly site
Things to do Our Webmaster Guidelines provide general design, technical,...
Adakah SEO masih bernilai pada tahun 2019?
Adakah SEO berbaloi? Adakah pelaburan dalam SEO masih bernilai untuk...
Pengenalan kepada platform WordPress
Fakta menunjukkan lebih 60 juta atau 32% orang telah memilih...
Perfectly Designed Demos Are Here, Ready to Showcase Your Site!
Add multiple WooCommerce widgets presented as pre-designed modules and equip...

Dapatkan maklumat terkini dari kami

Daftarkan email anda di bawah sekarang.